Bila cakap pasal Speedmart 99 apa yang terbayang di fikiran anda?

Sesuai dengan tagline nya “Lebih dekat lagi murah”, Speedmart 99 menjadi pilihan orang ramai kerana barang nya yang murah dan mempunyai banyak pilihan. Kalau anda nak tahu, ada sesetengah barang Speedmart paling laku dijual eBay tau.

Pasti anda tak percaya kalau tengok ni!

1. Eclipse Chewy Mint

Eclipse ni gula-gula mint yang boleh dikunyah. Kalau anda nak beli banyak secara pukal boleh tengok kat sini.

2. Fumakilla Jumbo Vape Mat

Fumakilla ni antara jenama ubat nyamuk yang masih ‘laku’ terjual di eBay. Sehingga kini masih mendapat permintaan yang tinggi.

3. Pineapples Tart Semperit Mold

Acuan Tart Nenas ni yang paling saya tak sangka sekali!

Kalau ikutkan harga kat Shopee hanya RM3.90 sahaja. Tapi anda jangan terkejut kat eBay ada je orang jual sampai RM163. Kalau barang hot demand memang orang cari!

barang speedmart 99 laku dijual di eBay

4. Sensodyne Toothbrush Sensitive Teeth

Berus gigi pun laku tau kalau anda jual di eBay. Anda nak tahu apa tarikan yang boleh menarik minat pembeli untuk beli barang yang anda listing di eBay boleh rujuk sini.

Contoh macam seller ni, dia buat offer super jimat untuk menarik minat orang nak beli barang yang dia jual. Setkan dengan pilihan shipping pasti memudahkan pembeli terus klik ‘Buy It Now’ barang yang anda listing di eBay.

barang speedmart 99 laku dijual di eBay

5. Johnson’s Baby Mini Travel Kit

Anda boleh juga kalau nk listing barang kombo seperti Travel Kit Baby ni. Buat poster setkan dengan pilihan shipping. Ini boleh menarik minat pembeli untuk beli dengan anda.

barang speedmart 99 laku dijual di eBay

6. Boh Tea Leaves 250g

Teh ‘Boh’ dari Boh Plantation Cameron Highland juga turut menjadi kegemaran orang di luar negara. Bayangkan harga di Malaysia teh ni dalam RM5.90 tetapi jika anda jual di eBay boleh jatuh sehingga RM28 satu pek.

barang speedmart 99 laku dijual di eBay

Kesimpulan

Kalau anda nak beli secara pukal boleh juga beli di Shopee. Tak semestinya barang yang anda nak jual tu ada di Speedmart sahaja. Lebih baik kalau anda dah tahu nak buat pilihan kurier terbaik untuk pos barang ke luar negara ni. Saya ada berkongsi tips bagaimana nak pos barang ke luar negara dalam entri sebelum ni.


Leave a Reply

Your email address will not be published.