Loading

Bukan mudah ya untuk buat sales dalam bisnes. Namun, jika anda tahu teknik bagaimana nak dapatkan ‘pool’ customer mudah bagi anda nak dapat Targeted Customer . Dari situlah anda boleh dapat Repeat Customer. Apa faktor yang menyebabkan pelanggan nak repeat order? Sudah tentu lah bila kita berikan servis terbaik terhadap pelanggan. Kan?

Jom saya kongsikan bagaimana nak dapatkan Repeated Customer .

pelanggan nak repeat order

1. Komunikasi Yang Baik Dengan Pelanggan

Pertama sekali, anda perlu melayan pelanggan dengan cepat dan mesra. Respon yang cepat sangat disenangi oleh pelanggan. Mereka akan ingat layanan anda yang baik sehingga mereka nak repeat order dari kedai yang sama.

Apabila pelanggan yang sedia ada pernah membeli dengan anda, tak mustahil mereka akan membeli barang yang lain pula. Mereka dah ada ‘trust’ dengan anda. Ini lebih mudah berbanding dengan mendapatkan pelanggan yang baru.

Lebih-lebih lagi kalau anda pos barang dengan cepat. Jangan peram barang lama-lama tau. Pelanggan ‘lari’ nanti.

2. Berikan “Gift” atau Voucher Istimewa

Haa ni pun antara trick untuk dapatkan repeated customer. Balutkan gift menarik dengan nota cantik yang pasti dapat mencuri hati pelanggan anda. Siapa yang tak suka dengan voucher kan? Lihat sahaja lah Shopee terus kekal di hati pelanggan nya kerana voucher Free Shipping nya yang tak ikut musim tu!

3. Jual Barang Yang High Demand

Potensi untuk mendapatkan Repeated Customer adalah tinggi apabila barang yang anda jual mempunyai permintaan yang tinggi. Apabila pelanggan yang sedia ada pernah membeli dengan anda, tak mustahil mereka akan membeli barang yang lain pula. Mereka dah ada ‘trust’ dengan anda. Ini lebih mudah berbanding untuk mendapatkan pelanggan yang baru.

4. Gunakan kurier yang pantas

Point ni pun penting untuk pelanggan nak repeat order dengan anda. Boleh naikkan rating anda untuk menjadi top seller di eBay. Oleh itu anda perlu membuat research, boleh rujuk post saya sebelum ni kurier mana yang lebih mudah dan pantas.

pelanggan nak repeat order

5. Buat follow up dengan customer

Ada sesetengah pelanggan mereka lebih senang untuk berurusan di eBay sahaja. Ada juga sebahagian yang lain mereka tidak kisah kalau kita follow up dengan Whatsapp. Terpulang kepada anda sebagai seller bagaimana nak follow up yang pasti kelebihannya pelanggan akan rasa dekat dengan anda. Cuba berusaha sehingga kita dapat bagi servis terbaik kepada pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.