Bila kita dah faham dengan game eBay, kita akan dapati features dan cara menjual di eBay akan berubah-ubah setiap tahun. Yang penting anda perlu sentiasa tambah skill menjual dengan membuat market research barang yang mendapat demand yang tinggi setiap tahun.

Kalau korang nak tahu seller di eBay ni ada yang menjalankan bisnes secara full time dan ada juga yang part time. Oleh itu, sudah tentulah hasil jualannya juga berbeza bergantung kepada kadar usaha dan skill anda. Sebab tu lah korang kena rajin pergi kelas untuk mengetahui update dari mereka yang berpengalaman dalam bisnes eBay ni.

Jom saya kongsikan pada anda cara mudah nak mula buat bisnes eBay sesuai sangat untuk #beginner macam anda.

1. Daftar Akaun eBay

Pertama sekali anda perlu daftar akaun eBay di website eBay. Klik create account seperti gambar di bawah ni.

Anda boleh daftar menggunakan akaun Gmail anda. Kemudian, klik create acccount.

2. Buat Market Research Barang Yang Anda Nak Jual

Ni penting sangat. Lagi-lagi bagi yang newbies . Sebelum nak listing barang kat eBay, anda kena buat market research barang yang anda nak jual tu.

Kalau anda nak check barang yang anda nak jual tu ok ke tak, high demand ke tak boleh je nak tahu.

Klik Advanced Search,

Masukkan keywordBoh Tea, kemudian klik butang Search

Anda boleh tengok kat features pada gambar sebelah kanan peratus barang tu terjual. Kalau atas 70% ok sangat lah kan.

3. Boleh mula listing barang

Bila anda dah jumpa barang yang anda nak jual, boleh lah mula listing barang di kedai eBay anda.

Caranya klik Sell pada menu tab sebelah kanan,

kemudian klik List an item,

Masukkan keyword atau model atau jenama barang anda.

Nak listing barang ni anda kena masuk kelas untuk belajar macam mana setup description tentang barang anda secara terperinci.

Saya boleh berikan gambaran macam mana template listing tu nseperti dalam gambar di bawah ni.

4. Daftar Akaun Payoneer

Bila dah buka akaun untuk jual barang di eBay, step seterusnya ialah anda kena buka akaun Payoneer.

Anda kena link kan akaun eBay dengan akaun Payoneer. Masukkan details seperti dalam gambar di atas. Perlu untuk anda masukkan nombor akaun bank tempatan anda untuk withdraw hasil daripada jualan eBay anda.

Ok done! Untuk listing barang anda digalakkan menggunakan laptop untuk memudahkan proses listing

>> Anda Nak e-Book Percuma Bagaimana Nak Buat Akaun eBay


Leave a Reply

Your email address will not be published.