Loading

Bila bercakap tentang benda ‘free’ tentu ramai yang suka kan? Lebih-lagi bila ia mendatangkan banyak manfaat. Hari ini saya akan berkongsi dengan anda 5 tools ‘Free’ yang membantu anda buat Digital Marketing.

Ia mampu untuk menambahbaik dalam mempromosikan produk, servis atau brand anda dengan berkesan.

1. Canva – Kerja Graphic Design

Merupakan sebuah perisian grafik free dan sesuai untuk anda sebagai ‘beginner’ atau designer amatur.

Pelbagai template yang disediakan yang boleh diubahsuai untuk anda jadikan sebagai bahan marketing bisnes anda seperti logo, video, poster dan banyak lagi.

tools digital marketing,
tools free digital marketing

2. Telegram Group

Ya. Telegram ni pun membantu untuk anda membina ‘kolam’ dan membantu memberi added value kepada mereka. Contohnya jika anda menjual produk kesihatan anda boleh share gambar-gambar produk dan testimoni pelanggan.

3. Google Form

Maklumbalas atau review daripada pelanggan adalah maklumat yang sangat penting untuk disimpan dalam database anda. 

Anda boleh menggunakan Google Form untuk membuat survey atas talian. Dengan adanya tools ini boleh mendapatkan maklumbalas dengan cepat melalui perkongsian secara blast whatsapp atau di semua platform media sosial.

4. CRM

Customer Relationship Management satu lagi tools ‘free’ yang menbantu anda buat digital marketing.

Selain daripada ia dapat menguruskan lead, pelanggan, agen di bawah anda dan keseluruhan team network anda.

Dengan CRM Hubspot ini anda juga dapat melihat secara keseluruhan tentang jualan, keuntungan bisnes, performance team, ROI  dan banyak lagi berkaitan bisnes anda.

tools free digital marketing,



Platform yang berasaskan cloud ini dapat membantu untuk menyelaraskan kolaborasi antara team sales dan marketing bisnes anda.

5. MailChimp

Di antara perisian atau tools email marketing yang paling ‘famous’ di kalangan digital marketer ialah mailchimp

Dengan menawarkan lebih 100 template email marketing, Mailchimp juga mempunyai pelbagai features seperti borang di blog, antispam dan ujian keberkesanan marketing atau dikenali sebagai AB Testing.

Leave a Reply

Your email address will not be published.