Loading

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita beberapa tahun yang lepas, tak dinafikan ramai yang kehilangan pekerjaan. Tetapi anda percaya tak ramai yang buat keputusan untuk jual barang di eBay untuk kelangsungan hidup.

Percaya atau tak kalau saya katakan selain makan gaji, bekerja dari rumah juga boleh membantu kita untuk menjana pendapatan 6 angka? Seriouslah.

Ya. Betul .Pucuk pangkal nya rajin berusaha dan tak cepat give up.

Pelbagai kerjaya dari rumah yang boleh dijadikan sumber pendapatan. Antara yang menjadi pilihan ialah jual barang di eBay.

Cara jual barang di eBay berbeza jika nak dibandingkan dengan jual barang di Shopee, Facebook Marketplace ataupun TikTok.

Di eBay barang anda akan dijual ke seluruh dunia. Hasil jualan lebih lumayan kerana menggunakan nilai matawang US Dolar (USD). 

Saya akan kongsikan dengan anda cara naikkan jualan di ebay dengan teknik yang betul. Antaranya ialah :

Barang HotDan High Demand

Pertama sekali anda pastikan barang yang anda jual ‘hot’ dan high demand daripada bakal pembeli. Ketahui barang yang menjadi trend atau hits yang sentiasa dicari oleh pembeli eBay. Anda boleh lihat di Daily Deals.

Tak pun anda boleh klik Advanced Search.

Kalau harga berwarna hijau maknanya ada pembeli.

Barang yang trend mengikut musim perayaan juga berpotensi untuk menaikkan jualan anda. Contohnya lampu pelita digunakan pada hari raya. Kadangkala, barang tu kita tak sangka pun orang nak beli.

Contoh macam Dr Zul ni beliau dapati daun kering ketapang antara barang ramai pembeli nak cari.

Tak sangka nilai harga daun jatuh pada harga RM4.67 sehelai. Wow sangatlah kan!

Penerangan Produk Komprehensif

Seterusnya, buat penerangan setiap barang lengkap, jelas dan bermaklumat. Sertakan butiran seperti saiz, bahan, keadaan dan spesifikasi produk.

Gunakan kata kunci yang berkaitan untuk membantu pembeli mencari barang yang anda jual.

Gambar Berkualiti Tinggi

Gambar pun main peranan tau!

Pastikan berkualiti tinggi dengan pencahayaan yang baik.  Tunjukkan gambar barang dari pelbagai sudut untuk memberikan pandangan yang menyeluruh. Gunakan template yang sama.

Imej yang baik akan membuatkan pembeli lebih yakin. 

Harga Kompetitif

Sebelum nak listing barang di eBay, selidik dulu harga untuk barang yang sama yang dijual di eBay.

Pastikan anda menawarkan harga yang kompetitif. Oleh yang demikian , harga barang yang anda jual tak terlalu mahal dan tak terlalu murah.

jual barang di eBay, listing harga di eBay

Anda boleh check dan buat perbandingan harga supaya anda tahu harga yang buyer willing to pay untuk barang tu.

Boleh tengok kat complete listing macam gambar kat atas ni.

Tawaran Gift Atau Penghantaran Percuma.

Ramai pembeli sangat gemar dengan tawaran gift. Penghantaran percuma pun antara tawaran yang boleh menjadi tarikan kepada pembeli untuk membeli barang yang anda jual.

jual barang di eBay, dapat tawaran gift, penghantaran percuma

Pastikan gift yang anda nak bagi tu berkaitan dengan barang yang anda jual. Anda juga boleh bagi free barang yang anda jual. Contoh Buy 2 Free 1 . Insha Allah boleh bantu naikkan jualan anda di eBay.

Servis Terbaik

Akhir sekali, sentiasa berikan servis yang terbaik kepada pembeli. Contohnya respon dengan cepat dan mesra supaya pembeli berasa selesa dengan kita. Oleh itu, potensi untuk mendapat pembeli yang sama dan berulang lebih tinggi.

Jangan lupa untuk minta pembeli meninggalkan review untuk meningkatkan feedback yang positif. Ini sangat baik untuk menaikkan jualan anda di eBay.

Jual Barang di eBay Boleh Jana Income 6 Angka??

Latest Post

Leave a Reply

Your email address will not be published.