Akibatnya, penjual tanggung kos ‘shipping’

dan kena ‘refund’ duit pelanggan

“Akibat tiada ilmu dan hanya bergurukan internet, saya selalu ditipu pelanggan yang tidak mahu membayar cukai duti import.

“Saya mengalami kerugian berganda kerana terpaksa ‘refund’ duit pelanggan dan menanggung kos delivery barang yang dihantar ke luar negara.

“Namun Alhamdulillah selepas berguru dengan Dr Zul, atas ilmu perniagaan jualan eBay beliau yang begitu luas dapat memberikan bantuan.

“Rupaya ada cara bagi mengajar pelanggan yang selfish ini, dan Dr Zul menasihati bahawa pihak eBay mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi mengatasi isu ini.

“Pihak eBay akan membuat siasatan dengan aduan dikemukakan dan sekiranya memang benar masalah dibangkitkan pembeli tidak benar maka duit pelanggan tadi akan dilepaskan kepada penjual.

“Langkah yang penjual perlu lakukan adalah mengemukakan bukti perbualan yang menunjukkan pelanggan berdegil tidak mahu membayar cukai duti import yang sememangnya menjadi tanggungjawab mereka.

“Pihak eBay akan buka kes siasatan dan kita tak perlu memandai-mandai hubungi syarikat penghantaran untuk melupuskan barangan dieksport itu dan refund duit pelanggan.

“Tips nya jangan sekali-kali berurus niaga di luar Chat Box eBay seperti WhatsApp atau Telegram.

“Bukti komunikasi antara penjual dan pembeli wajib ada dalam Chat Box eBay sahaja,” kata usahawan eBay, Siti Norfadiah bte Zulkipli.

Beliau yang mesra disapa sebagai Puan Diya yang dahulunya bekerja sebagai perunding kewangan produk insurans dan takaful berkata, mula menceburi perniagaan eBay sejak 2021.

“Bermula daripada situ, saya tidak lagi mengalami kerugian kira-kira RM10,000 yang ditanggung kerana terpaksa memulangkan semula duit pelanggan dan meminta syarikat penghantaran di luar negara melupuskan barangan yang tidak mahu dibayar cukai duti import oleh pembeli,” katanya.

Beliau berkata, perniagaannya kini semakin rancak melalui bimbingan Dr Zul beliau sehingga dapat menjana pendapatan sekitar USD5,000 sehingga USD10,000 dalam setiap lima akaun eBaynya.

“Mula-mula saya kenal Dr Zul, saya mengikuti kelas tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan yuran pendaftaran RM50 setiap seorang.

“Yang ‘best’ nya, selama tiga bulan, Dr Zul dan MARA memantau ‘progress’ peserta dan MARA berbesar hati untuk menanggung kos RM50 itu buat mana-mana usahawan eBay yang berjaya menjana jualan sebanyak USD1,000, sepanjang tiga bulan itu, dan saya berjaya, Alhamdulillah,” katanya.

Bercerita mengenai faktor yang menyebabkan beliau memilih untuk meninggalkan kerjaya yang lama, beliau berkata, niatnya hanya satu, beliau inginkan kebebasan masa dan kewangan.

“Saya sudah penat memikul beban di atas di atas kepala dengan perlu membuktikan kepada orang lain bahawa saya adalah orang yang sukses dan berjaya.

“Gaji terakhir saya ketika itu RM10,000 sebulan, tetapi saya rasa hidup saya tidak tenang untuk beramal ibadat, banyak ‘travel’, penat membuat temujanji di sana sini.

“Saya tiada masa untuk diri sendiri, keluarga dan dengan tuhan hinggakan solat fardu yang wajib dilakukan dalam keadaan kelam kabut kerana mengejar urusan dunia yang tak pernah selesai,” katanya.

Yang nyata, Puan Diya berkata, keputusan nekad untuk berhenti kerja ketika itu menyebabkan beliau mengalami kemurungan selama seminggu dan berkurung di dalam bilik.

“Saya menangis tidak henti, asalkan bangun tidur saya menangis sampai suami naik risau dan tak jemu bagi kata-kata semangat untuk saya bangkit.

“Dalam tempoh itu saya bermuhasabah diri, bercakap dengan diri sendiri dan tuhan,” katanya.

Beliau berkata, gara-gara tindakannya berhenti kerja beliau menerima kecaman daripada rakan-rakan sekerja.

“Sesiapa yang duduk dalam industri ini tahu, kita sudah terbiasa di ‘grooming’ dan ‘mindset’ kita sudah diset bahawa hanya dengan bidang ini kita boleh menikmati kemewahan hidup.

“Apabila menerima kecaman itu, saya tak sangka ia boleh berlaku dan saya menjauhkan diri kerana diperlakukan seolah-olah kami bermusuh,” katanya.

Katanya, akhirnya sampai satu masa, beliau diberi kekuatan untuk bangkit dan meneruskan hidup selepas kerap berdoa bahawa dirinya bulat-bulat berserah diri dan menyerahkan hidup dan matinya untuk Allah SWT semata-mata.

“Sudah enam tahun saya berkecimpung dalam bidang itu, memang terasa berat untuk melepaskan dunia apabila ada kepercayaan bahawa hanya dengan usaha kita sahaja rezeki akan datang.

“Saya sudah lama bergantung dengan pemikiran seperti itu hingga saya jadi takut dan tidak yakin kepada Maha Esa Pemberi Rezeki.

“Ketika itu keyakinan saya diuji dan hati yang selalu berbolak balik, namun Alhamdulillah Allah menghulurkan pertolongan apabila mula ramai datang kawan-kawan memberikan sokongan,” katanya.

-bersambung-

Ingin mendapat bimbingan Dr Zul boleh layari https://bengkelexports.com/order/form/118


Fahd Mujahid
Fahd Mujahid

saya bukan orang kemboja

Leave a Reply

Your email address will not be published.